Thursday, 5 December 2013

Kepada sesiapa yang berkenaan

Assalamualaikum,

Sejak dua menjak ini bnyk btul aku tgk post pasal buat duit online, income mudah, bisnes ini bukan MLM, xperlu carik ramai org, dan macam-macam lagi post facebook yang aku tgk. Pehhh masyuk la kawan, yang aku xstuju, napa mau ubah ayat MLM (Multi Level Marketing)? buat la apa cara skalipun, tukar nama ka, tukar strategi ka, MLM tetap juga MLM, cari network, dapatkan income dari network. Heran juga, kalau la MLM ni kasi orang jadi kaya, napa mau susah-susah post di fb? mau mencari simpati ka atau mau meRACUN manusia yang seperti kita ini yang kurang ilmu pengetahuan.

Kesian kita, senang-senang mengambil peluang tanpa fikir apa yang ada disebaliknya. Minta maaf, aku bukan mau kondem ahli-ahli perniagaan ini, aku cuma berkongsi apa yang aku lihat pada zaman alam maya ini. Ada juga yang aku tgk, untuk menarik pelanggan dengan memetik ayat ini  


Yakinlah "ALLAH SWT TAK ZALIM,,sekiranya awak rajin berusaha,kejayaan pasti milik awak.

* Di akhir petikan tu adalah promo untuk number telefon kawan nih..

Biarlah kita tetap akan yakin pada Allah s.w.t biarpun dimana-mana sahaja bkn setakat usaha cari rezeki jak, tapi dalam segala hal. Nda perlu la mau promo nnt org ingatkan tujuan murni itu hanya untuk mempromo.

No comments:

Post a Comment